Konon Nak Jimat, Pelajar Hanya Makan Mi Segera 3 Minggu Masuk Hospital
Siapa yang tidak gemarkan mi segera, boleh dikatakan makanan ini menjadi kegemaran ramai terutama para pelajar. Walaupun ramai sudah mengetahui kandungan mi segera tidak baik untuk kesihatan, namun ramai yang masih menikmatinya.
Di China, gara-gara mahu jimat berbelanja, seorang pelajar universiti di kejarkan ke hospital selepas dia hanya makan mi segera selama 3 minggu secara berterusan.
BACA: Memang Tak Akan Jadi Bodoh, Tapi Ini Bahaya Makan Mi Segera
Pelajar terbabit memberitahu, dia mahu menyimpan wang untuk berbelanja sempena Black Friday. Namun, akibat tabiat makan yang tidak sihat itu, dia akhirnya terpaksa menggunakan wang simpanannya bagi membiayai bil hospital.
Pelajar tersebut dikenali sebagai Hong Jia mendedahkan dia hanya makan mi segera sejak 15 Oktober lalu. Dengan melakukan ‘diet cara murah’ itu, dia berjaya menyimpan sebanyak 769 yuan (RM453).
Malangnya, pelajar itu tidak berpeluang untuk membeli barangan diskaun seperti yang dihajati sebaliknya terlantang di hospital pada hari jualan murah tersebut.
Jia berkata, dia mengalami demam panas sehingga dia terpaksa dimasukkan ke hospital. Tambah Jia, walaupun punca sebenar sakitnya tidak dapat dipastikan, tetapi hanya memakan mi segera itu mungkin menjadi penyebabnya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉
- SUMBER
- mStar