Susulan kisah mengenai seorang wanita tidak berpuas hati kerana makanan dimakan oleh suaminya mahal di sebuah gerai makan di Pahang, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tampil memberi penjelasan selepas melakukan siasatan.

BACA: Makan Nasi Campur, Dua orang Dicaj RM100

Pengarah KPDNKK, Sharuddin Jali memberitahu bahawa pihaknya mengesahkan gerai makan tersebut yang terletak di Kampung Leban Chondong, Kuala Rompin, Pahang tidak melakukan kesalahan.

Menurutnya, gerai itu berjaya mempamerkan harga makanan bagi setiap hidangan termasuk harga udang mengikut gred dan berpatutan.

“Siasatan mendapati bahawa gambar yang tular itu menunjukkan dua ekor udang galah, sedangkan jumlah sebenar yang diambil ialah empat ekor, di samping lauk lain termasuk sayur dan sotong,” jelasnya.

Selain itu, dia turut menasihati orang ramai agar menyemak senarai harga sebelum mengambil lauk makanan bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku lagi.

Kita sedia maklum bahawa udang galah sememangnya lebih mahal daripada udang biasa. Jadi, pelanggan boleh memilih sama ada untuk makan lauk tersebut atau tidak bergantung kepada bajet mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:
Logikkah Harga Kasut Wanita Paling Mahal Ini?
Beginilah Harga Madu Termahal Di Dunia
Chef Wan Terkejut Harga Ikan Merah Mahal?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Memang Berebut Makan Gulai Ikan Tongkol Kat Sini