Kuala Lumpur Dinobat Bandar Kedua Paling Mesra Di Dunia
Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai bangsa, adat dan budaya. Rakyat negara kita juga terkenal dengan sifat sopan santun dan berbudi bahasa. Jadi tidak hairan mengapa ramai pelancong luar suka datang ke Malaysia.
Malah, sifat mesra dan mudah ditegur serta melayan pelancong dengan baik menjadikan Kuala Lumpur, Malaysia sebagai bandar kedua paling mesra di dunia.
BACA: 30 Gerai Masjid India Terbakar, Ramai Sedih Tak Dapat Shopping Raya
Penganugerahan tersebut diberikan oleh laman Big Seven Travel. Sikap rakyat kita yang mudah mesra dengan pelancong menjadikan Kuala Lumpur lokasi yang paling menjadi pilihan para pelancong.
Bandar paling mesra di dunia pula jatuh kepada bandar Vancouver, Kanada. Manakala bandar ketiga paling mesra adalah Bruges, Belgium diikuti Taipei, Taiwan di tempat keempat.
Apa yang pasti, pengiktirafan ini sememangnya membanggakan rakyat Malaysia!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pak Sheikh Pun Cari Nasi Arab Di Restoran Ini?
- SUMBER
- Big 7 Travel