Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita syarikat akhbar tertua negara iaitu Utusan Melayu (M) Berhad (Utusan Melayu) akan menghentikan operasi mereka susulan berdepan masalah kewangan.

Terbaru, syarikat akhbar tersebut tidak akan menutup operasi dan penerbitan Utusan Malaysia dan Kosmo! akan diteruskan namun harga kedua akhbar tersebut terpaksa dinaikkan.

BACA: Utusan, Kosmo Henti Operasi, Edaran Terakhir Rabu Ini

Menurut pengerusinya, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir, syarikat terpaksa menaikkan harga kedua-dua akhbar itu sebanyak 50 sen bagi mengurangkan beban kos operasi yang ditanggung ketika ini.

Berkuat kuasa Jumaat ini, Utusan Malaysia dan Kosmo! akan dinaikkan masing-masing kepada RM2 daripada RM1.50 dan RM1.50 daripada RM1.

“Daripada peningkatan ini dan berdasarkan anggaran akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! masing-masing terjual sebanyak 50,000 dan 100,000 naskhah sehari, kita jangka ia akan menyumbang kira-kira RM2.3 juta sebulan kepada Utusan,” katanya.

Berdasarkan laporan terakhir kepada Bursa, syarikat tersebut mengalami kerugian RM3 juta setiap bulan, namun hasil jualan akhbar ini dijangka mengurangkan defisit tersebut kepada RM750,000 sebulan.

Dalam pada itu, pihaknya bersetuju untuk membayar RM2,000 kepada 800 kakitangan Utusan Melayu hari ini sebagai penyelesaian jangka pendek, namun tiada jaminan khusus bagi jangka panjang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kambing Golek & Satay Pilihan Hati