Kucing Terkenal Menang Saman RM2.8 Juta
Kucing merupakan haiwan kegemaran ramai kerana celotehnya yang comel dan manja. Namun, seekor kucing ini terkenal seluruh dunia hanya kerana memiliki muka yang garang.
Kucing itu diberi nama Grumpy Cat menjadi tular di laman sosial gara-gara gambarnya yang kelihatan garang dijadikan meme oleh segelintir pihak.
BACA: Pandai Kucing Ini Pujuk Lelaki Buka Pili Air
Pemilik Grumpy Cat, Tabatha Bundse, berjaya memenangi saman berjumlah AS$710,000 (RM2.8 juta) ke atas syarikat Granade Beverage kerana syarikat itu dikatakan melanggar perjanjian antara mereka.
Menurut Tabatha, perjanjian yang dimeterai antara mereka adalah penggunaan Grumpy Cat sebagai Grumpiccionos, iaitu minuman kopi ais.
Walau bagaimanapun, Granade Beverage melanggar kontrak mereka apabila mereka menggunakan wajah kucing berkenaan terhadap beberapa produk lain termasuk serbuk kopi.
Berikutan itu, keputusan mahkamah persekutuan di California memutuskan bahawa syarikat itu harus membayar RM2.8 juta kepada Tabatha.
ARTIKEL BERKAITAN:
Kucing Duduk Dalam Bakul Sayur Cetus Kemarahan
Aksi Cemas Bomba Selamatkan Kucing
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ini Bukan Biskut Rokok!
- SUMBER
- SINAR HARIAN