Jika sebelum ini tular mengenai kisah seorang lelaki istimewa yang mampu menjana pendapatan sehingga RM800 seminggu dan tiada alasan untuk tidak bekerja walaupun keadaan fizikalnya tidak sempurna seperti orang lain.

Baru-baru ini, kisah seorang penghantar makanan istimewa ini membuatkan netizen sebak dan menjadi inspirasi ramai. Semuanya bermula apabila seorang pengguna aplikasi Grabfood berkongsikan kisah sayu apabila menerima pesanan daripada seorang wanita ini.

BACA: OKU Pun Boleh Berjaya, Jual Kebab Raih RM8,000 Sehari

Menurut pengguna tersebut, kelewatan penghantar pesanan itu membuatkannya resah, namun lelaki itu memahami selepas melihat penghantar tersebut yang datang berkerusi roda.

Kisah wanita istimewa itu yang dikenali sebagai Sumaiyah Ghazali disiarkan oleh Berita Harian Singapura membuatkan ramai mereka diluar sana mengagumi wanita luar biasa itu.

Pernahkah anda terserempak wanita ini di daerah timur Singapura? Selami secebis kehidupan Cik Sumaiyah Ghazali yang menjalankan tugas menghantar makanan dengan berkerusi roda. Beliau turut menyisipkan pesanan bagi anda semua di akhir video ini! Baca lebih lanjut di https://www.beritaharian.sg/setempat/mahu-berdikari-cari-rezeki-walau-tidak-dapat-berlariKredit Muzik:Morning Walk by Jonny EastonLink: https://youtu.be/LHFXQ7Y2cosCheck out his channelLink: https://www.youtube.com/jonnyeaston"Steffen Daum – Goodbye My Dear" is under a Creative Commons license (CC-BY 3.0)Music promoted by BreakingCopyright: https://youtu.be/X7evDQiP3yI

Posted by Berita Harian Singapura on Khamis, 4 April 2019

Menerusi temu bual tersebut, Sumaiyah menceritakan kisahnya yang baru sahaja berkhidmat dengan syarikat perhantaran makanan itu selama 4 bulan. Sumaiyah yang menderita penyakit cerebral palsy sejak lahir sukar untuk bekerja kerana kekurangan itu.

Turut berkongsi cerita, wanita itu pernah bekerja di pejabat namun kekurangannya itu menghalangnya untuk bertugas dengan baik ditambah dengan rakan sekerja yang tidak memahami penyakit yang dihadapinya itu itu.

Ujarnya lagi, antara masalah besar yang perlu dihadapi apabila menghantar makanan adalah ketika hujan dimana dia perlu membuka payung serta melawan angin sekaligus melambatkan lagi perjalanan penghantaran ke lokasi. Dalam pada itu, Sumaiyah turut meminta kerjasama pelangganannya jika pesanan mereka lambat sampai.

Perkongsian Sumaiyah itu mendapat perhatian ramai netizen yang mengagumi semangat luar biasa wanita itu. Dalam masa sama, ramai yang memuji syarikat GrabFood yang memberi peluang kepada Sumaiyah untuk mencari rezeki.

Rata-rata netizen turut mendoakan agar Sumaiyah diberikan kesihatan baik untuk terus bekerja menampung dirinya dan dipermudahkan segala urusan serta dimurahkan rezeki.

Kata netizen lagi, wanita ini patut dijadikan inspirasi kerana ramai mereka yang sempurna diluar sana yang hanya tahu merugut daripada berusaha.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?