Kurta Tayang Lurah Jadi Bahan Ketawa Netizen
Setiap tahun ada saja fesyen pelik untuk digayakan pada Hari Raya. Kalau sebelum ini ada Jubah Pahlawan dan baju kurung Hello Kitty. Kali ini fesyen untuk golongan lelaki ini menjadi bahan ketawa netizen.
Terbaru, fesyen kurta dari Messed Up Apparel ini menjadi perhatian netizen kerana rekaan bajunya dikatakan ‘menjolok mata’. Mana tidakanya, bahagian leher baju tersebut terlalu luas sehingga terdedah lurah dada lelaki.
BACA: Review Sampin RM18,000 Di Lazada Buat Pecah Perut Gelak
Kurta yang diberi nama ‘Kurta Rouh’ ini dikritik oleh netizen yang mempersoalkan mengapa perlu didedahkan bahagian dada baju tersebut.
Kurta tersebut menjadi bualan hangat di laman Twitter dan rata-rata netizen memerli rekaan baju tersebut dan menjadikan kurta tersebut sebagai bahan jenaka.
Lepas ni tayang sampai pusat kot?
Berani pakai macam ni? Kena benam dalam kuah lontong
Dalam pada itu, menerusi Twitter Messed Up Apparel membalas jenaka tersebut dengan meminta agar tidak menghalau tetamu yang memakai kurta tersebut di pagi raya. Memang sempoi habis!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Bila Tak Sabar Nak Makan Benda Panas
- SUMBER
- Lobak Merah