Hari ini genap seminggu tragedi tembakan di beberapa buah masjid di Christchurch. Sebagai tanda penghormatan terakhir, azan solat Jumaat disiarkan secara langsung di seluruh negara Jumaat di ini rakyat di minta berdiam selama dua minit.

Azan berkumandang 1.30pm dan kira-kira 8.30 pagi waktu Malaysia. Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arderna turut hadir ke Masjid Al Noor, ketika solat Jumaat sebagai tanda penghormatan.

BACA: Kumpulan Bikers NZ Janji Kawal Masjid Ketika Solat Jumaat Esok

Turut mengenakan sehelai selendang menghormati acara pagi tadi, Jacinda Arderna meluahkan rasa simpati dan bersedih di atas apa yang berlaku. Dalam ucapan pendek, Jacinda Arderna dia menyeru rakyat New Zealand untuk bersatu walau dalam apa juga pun keadaan.

Posted by Amat Larbsib on Khamis, 21 Mac 2019

Ribuan penduduk bukan Muslim membanjiri kawasan masjid bagi memperingati 50 mangsa yang terkorban dalam insiden tersebut. Malah ramai komuniti wanita hadir memakai hijab sebagai tanda hormat. Wartawan wanita yang membuat liputan juga turut mengenakan hijab.

Hari ini turut diisytiharkan sebagai #HeadscarfForHarmony sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada Muslim yang terlibat dalam tembakan di Christchurch. Di media sosial, rata-rata komuniti wanita New Zealand memuat naik gambar berhijab sebagai tanda sokongan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥