Tidak dinafikan untuk kuruskan badan bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan konsisten tinggi dan disiplin. Ada yang sanggup dengan mengambil pil kurus untuk jalan pintas tanpa tahu bahaya akan menimpa.
Pasti ramai di antara anda yang sudah mencuba bermacam-macam cara untuk menurunkan berat badan namun tidak berjaya.
Dia yang merupakan peminat tegar permainan Pokomen itu berjaya pada mulanya dia hanya berjalan antara 20 hingga 30 minit setiap hari.
Namun, selepas dia menyertai komuniti Pokemon di sekitar kawasan perumahannya dia berjalan selama berjam-jam dalam sehari. Dalam masa setahun bermain permainan tersebut, dia tidak sangka berjaya menurunkan berat badan dengan hanya berjalan sahaja.
Kata Tommy lagi, permainan Pokemon Go telah mengubah hidupnya dan mengajarnya untuk mengawal mental dan emosi. Ujarnya lagi, selepas menyertai komuniti Pokemon, dia kini lebih yakin serta mempunyai ramai rakan.
Siapa cakap nak kurus tu susah? Benda jadi susah kalau hanya tahu cakap sahaja tapi tiada apa-apa tindakan diambil. Bak kata pepatah, nak seribu daya tak hendak seribu dalih!