Bulan lalu dunia dikejutkan dengan beberapa kebakaran dasyat melanda belukar di Austalia. Nampaknya, negara itu sekali lagi berdepan cuaca buruk apabila ditimpa hujan batu dan ribut debu yang dasyat.

Difahamkan, cuaca buruk itu juga turut mengancam keselamatan penduduk di sebahagian kawasan di tenggara Australia. Lebih parah, hujan batu bersaiz bola golf dilaporkan melanda di beberapa tempat sehingga merosakkan harta benda.

BACA: Mengamuk Cari Air, 10,000 Ekor Unta Di Australia Terpaksa Dibunuh

Biro Meterologi Australia telah mengeluarkan amaran ribut petir yang teruk di Queensland, Victoria, NSW dan wilayah ibu kota Australia.

Laporan turut memberitahu hujan batu yang melanda kini dilaporkan sedang menuju ke arah timur bandar-bandar di Sydney, Wollongong dan Newscastle.

Mereka turut memaklumkan bandar-bandar tersebut kemungkinan akan mengalami cuaca angin yang kuat, hujan batu yang teruk dan akan berdepan dengan cuaca hujan lebat.

Menerusi laman Twitter, beberapa pengguna turut berkongsi beberapa foto dan video memaparkan hujan batu yang melanda di kawasan tempat tinggal mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:
KPDNKK: Harga Nasi Campur RM100 Berpatutan
Ini Harga Nasi Paling Mahal Di Singapura!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Cari Sarapan Nasi Lemak, Tapi Yang Dapatnya…