Jika sebelum ini kami berkongsikan kisah seorang wanita yang berkahwin dengan selimutnya, kali ini lain pula ceritanya. Seorang pemuda mendedahkan bahawa dia menjalin hubungan cinta bersama seekor lipas bernama Lisa selama setahun.

Pemuda bernama Yuma Shinohara berusia 25 tahun itu memberitahu lipas bernama Lisa itu merupakan cinta pertamanya.

BACA: Geram Jodoh Tak Kunjung Tiba, Wanita Kahwini Selimut

Yuma juga memberitahu dia mempunyai fantasi untuk mengadakan hubungan intim bersama Lisa. Katanya lagi, tiada gadis lain yang lebih ‘hot’ seperti Lisa. Ujarnya lagi, hubungannya dengan ‘pasangannya’ itu dipandang serius.

Dalam satu temu bual, Yuma berkata dia membeli Lisa yang merupakan seekor lipas ternakan dari Afrika. Yuma juga percaya mereka dapat berkomunikasi antara satu sama lain.

Apa yang mengejutkan ialah selepas Lisa mati, Yuma mendedahkan dia bertindak memakannya demi membuktikan cintanya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lagu Jepun Nyanyian Nenek Comel Tarik Perhatian
Demi Ibu, Lelaki Sanggup Jadi Wanita

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Goreng Cili Padi