Dalam kesibukan orang ramai untuk pulang berhari raya tidak lama lagi, seorang pengendali trak tunda berhati mulia, Mohd Zafran Yaso’a menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna jalan raya yang mengalami kerosakan kenderaan bermula 3 hingga 5 jun ini.

Menurut Zafran, idea itu tercetus selepas melihat kesusahan perantau yang pulang ke Kelantan untuk menyambut Aidilfitri yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi dalam masa sama mahu meringankan beban mereka.

BACA: Roti John Percuma Untuk Wanita Hamil Sempena Ramadan

Dia yang juga pemilik syarikat ZeckZoro Enterprise itu menawarkan perkhidmatan kepada pengguna yang kurang berkemampuan di laluan sekitar Sungai Sam, Kuala Krai sehingga Kota Bharu.

Katanya, jika kenderaan mengalami kerosakan pada musim perayaan, harga perkhidmatan trak tunda yang ditawarkan akan naik mendadak sekitar RM500 berbanding hari biasa RM300.

Meskipun dia boleh mengaut keuntungan berlipat kali ganda di musim perayaan ini, namun Zafran berkata dia mahu berbakti kepada masyarakat. Bapa kepada lima anak ini berkata, ideanya itu turut mendapat sokongan isteri tercinta.

Zafran berkata, tahun lalu, sebanyak 26 kenderaan yang mendapat perkhidmatan trak tunda percuma dan dianggarkan tahun ini dia mahu membantu lebih ramai orang.

Kata Zafran, dia juga dibantu oleh beberapa pekerjanya yang turut gembira dapat membantu orang ramai. Padas sesiapa yang memerlukan perkhidmatan boleh hubungi talian 013-4885886 atau pejabat 09-9665886.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ramai Gagal Masuk Bakeri Ini Tanpa Keluar Beli Apa-Apa 😱