Beberapa hari lalu, gambar seorang pemuda ini viral di Twitter apabila dia digelar ‘lelaki paling cantik’ gara-gara memiliki wajah yang ‘menawan’. Tidak kurang juga, ada netizen mencadangkan pemuda tersebut menyimpan misai dan janggut supaya orang ramai tidak keliru dengan jantinanya.

Namun tuan empunya badan itu sendiri iaitu Abdussalam Firdaus Abdul Aziz berkata dia sudah cuba untuk melakukannya, namun misai dan janggutnya tumbuh seperti ikan keli.

BACA: Gadis Ini Digelar Penjual Ikan Paling Cantik

Foto: Twitter Abdussalam

Dalam pada itu, memetik laporan mStar Online, pemuda berusia 22 tahun itu berkata dia sudah lali apabila ramai yang menyangka dia seorang perempuan kerana wajahnya yang feminin. Pemuda itu juga memberitahu, polis juga tidak percaya bahawa dia adalah seorang lelaki.

“Semasa saya nak masuk stadium tu pun, polis tak percaya saya lelaki dan meminta saya tunjukkan kad pengenalan.

“Saya perlu buktikan jantina kerana polis lelaki perlu lakukan pemeriksaan tubuh ke atas penyokong lelaki bagi tujuan keselamatan dan polis wanita pula akan memeriksa penyokong wanita,” katanya kepada mStar Online.

Firdaus yang juga merupakan pelajar tahun dua ijazah sarjana muda perniagaan dari Universiti Kuala Lumpur itu pernah menggayakan rambut pendek tapi tetap disalah anggap dan ada yang memanggilnya sebagai ‘pengkid’.

Bagaimanapun, pemuda yang berasal dari Sepang itu tidak pernah mengambil hati dengan gelaran atau tanggapan orang ramai terhadap dirinya dan tetap bersyukur dengan wajah yang dikurniakan kepadanya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?