Penerbangan Amsterdam terpaksa melakukan pendaratan cemas di Vienna apabila seorang lelaki tidak mahu berhenti kentut sehingga menyebabkan pergaduhan dengan penumpang lain.

Memetik laporan The Star, kapal terbang Transavia Airline dalam perjalanan ke Dubai itu terpaksa berhenti seketika selepas dua lelaki Belanda membuat aduan seorang lelaki warga tua yang duduk berhampiran mereka tidak berhenti kentut walaupun sudah ditegur.

Akhirnya terjadi pergaduhan antara mereka yang turut melibatkan seorang kru kabin yang cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Setibanya di Vienna, dua lelaki Belanda itu diarah turun dari kapal terbang.

Sementara itu, tiada laporan lanjut mengenai lelaki warga tua yang tidak berhenti kentut itu. Namun kemungkinan besar penumpang itu mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan insiden tersebut.