Kadang-kadang kita tak lihat pakaian yang dibeli berasal dari mana kerana kita tak pernah terfikir ia berasal dari negara lain yang jarang mengeksport pakaian ke Malaysia seperti Israel.

Seorang lelaki terkejut seluar yang dibelinya dibuat di Israel dan mempersoalkan bagaimana produk buatan negara itu boleh masuk ke Malaysia.

BACA: Ini Sebab Lombong Biru Berbahaya

Menurut lelaki tersebut, Mohd Yazid Ahmad, 30 tahun, memberitahu dia membeli seluar sukan terpakai di sebuah kedai bundle di Temerloh sebelum mengetahui seluar dibelinya itu dibuat di Israel.

“Setahu saya, negara kita tidak mempunyai hubungan dagang dengan rejim haram berkenaan sejak negara itu ditubuhkan pada tahun 1948 lagi,” jelasnya.

Sebelum ini, dia pernah mendengar khabar angin bahawa produk negara itu dijual di negara ini tapi tak sangka ianya betul terjadi.

Mungkin barangan itu boleh masuk ke negara ini sebab negara China merupakan lokasi terakhir memproses barangan tersebut.

Walau bagaimanapun, Yazid berharap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut.

Kita sebagai pengguna harus lebih berhati-hati dan menyelidik sesuatu barangan sebelum membelinya. Tak semua pakaian berasal dari Israel.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kena Saman Akibat Tak Datang Hari Perkahwinan
“Saya Nak Tarik Cikgu Masuk Syurga Sekali”

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Hebat Sangat Ke JDT & Mee Siput? 🔥 🔥 | MailTime #2