Lombong selalu dikaitkan dengan air berwarna biru gelap dan umum mengetahui ianya sangat dalam. Apabila lombong berwarna biru cair tular di media sosial, orang ramai ingin mengetahui dan mengambil gambar di kawasan itu kerana lombong berwarna itu jarang ditemui.

BACA: Kisah Cemas Pelajar Perempuan Di KFC

Sumber dari mynewshub.cc

Pengurus lombong, Chooi Yim Onn, 65 tahun, berkata lombong cantik itu sebenarnya berada dalam kawasan syarikat dia bekerja di Simpang Pulai, Ipoh, Perak.

Menurutnya, dia menerima banyak kunjungan dari orang luar sejak lombong itu tular di laman sosial sejak bulan lepas.

Sumber dari mynewshub.cc

“Berdasarkan gambar dan video yang ditunjuk, saya pasti ia adalah lombong milik syarikat ini. Saya sebagai pengurus lombong rasa bertanggungjawab sebarang aktiviti dalam kawasan ini,” jelasnya.

Sebenarnya, orang ramai yang menceroboh ke lombong itu telah merisaukan pihaknya kerana mereka tak mahu sebarang kejadian tak diingini berlaku.

Sumber dari mynewshub.cc

Malah, pihaknya juga berusaha untuk tak membenarkan orang luar masuk ke dalam kawasan lombong dengan memasang pagar, mempunyai pengawal keselamatan, tetapi orang ramai masih berdegil.

Sumber dari mynewshub.cc

Berikutan itu, dia membuat laporan polis untuk memberi kenyataan bahawa pihaknya tak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku perkara-perkara tak diingini kepada ‘penceroboh’ tempat itu.

“Memang dari awal lagi warna air di lombong ini berwarna biru dan tidak pernah bertukar. Bagaimanapun, ia amat berbahaya kerana airnya yang dalam. Kita akan memasang papan tanda sebagai amaran kepada orang ramai untuk tidak mencerobohi kawasan ini,” katanya.

Yim Onn risau kerana lombong itu berbahaya kepada orang ramai disebabkan ia mempunyai kedalaman yang sangat dalam.

Bayangkan jika ada seseorang tak pandai berenang terjatuh ke dalam lombong dan pastinya ia berbahaya kepada orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN:
Nasi Lemak 80Sen Masih Wujud
Penganjur Pesta Durian Malaysia Di China Dapat Kontrak RM2.87 Bilion

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138