Nasi lemak merupakan makanan wajib rakyat Malaysia lebih-lebih lagi semasa sarapan, tetapi ada juga yang mencarinya tak kira waktu. Kalau nak diikutkan, memang susah nak cari nasi lemak bawah harga RM1 kerana ingatkan RM1 paling murah kita boleh dapatkan tapi rupanya ada lagi murah.

BACA: Rekaan Nasi Lemak, Ikan Bilis Dibawa Bertanding

Pasangan pemilik Nasi Lemak Kampung, Nazri Abd Hamid, 44 tahun, dan isteri, Norzalina Azhar pernah menjual nasi lemak pada harga 70 sen kepada pelanggan untuk promosi pada lima tahun lepas.

Sehingga kini, dia hanya menaikkan harga sebanyak 10 sen sahaja dan masih menjualnya pada harga 80 sen walaupun ramai mempersoalkan di mana dia mendapat keuntungannya jika jual murah.

“Ramai orang berniaga nasi lemak, jadi saya harus tampilkan kelainan dan tidak boleh berniaga untuk kaut keuntungan besar sahaja,” jelasnya.

Uniknya, dia menggunakan gerai bergerak berwarna hijau untuk menjual nasi lemak dan beroperasi di Saujana Utama, Sungai Buloh.

Malah, pasangan ini juga menjual nasi lemak secara online selain berniaga di kawasan tempat letak kenderaan terbuka kawasan perumahan mereka.

“Kami menghasilkan kira-kira 1,000 bungkus nasi lemak setiap hari dan biasanya pada pukul 11.30 dah habis dijual,” katanya yang masih mengekalkan telur rebus separuh, sambal bilis dan nasi jika anda membelinya.

Menurutnya, dia lebih mementingkan kepuasan pelanggan daripada jika dia ambil banyak tempahan tapi tak sempat siapkan semuanya nanti.

Memang susah untuk kekal berniaga lebih-lebih lagi jika bahan mentah juga naik harga, tetapi pasangan ini tak pernah putus asa dan masih lagi mengekalkan harga sebegitu sehingga hari ini. Respect!

ARTIKEL BERKAITAN:
Kondom Perisa Nasi Lemak Dilancar Hujung Tahun Ini
Nasi Lemak Percuma Tiap Jumaat

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Sambal Dia Ada Rasa Manis Bawang”