Lepas Habis Separuh, Baru Perasan Roti ‘Berintikan’ Ulat
Mungkin ramai yang trauma nak makan roti selepas melihat video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter ini. Pengguna Twitter tersebut yang dikenali sebagai Luqman berkongsikan video roti yang sudah dimakan separuh yang dipenuhi dengan ulat.
Menerusi video yang dikongsikan, sememangnya dapat melihat dengan jelas roti tersebut dipenuhi ulat yang bergerak-gerak. Sekali pandang nampak seperti inti kepala bergerak, tapi sebenarnya ulat berengga.
BACA:Ā Hilang Selera Dapat Kari Kepala Ayam, Kuih Berulat
Member dh makan baru perasan semua ni.. gg pic.twitter.com/QyhpY3Vmrh
— loki š²š¾ (@ONELUQMANN) December 2, 2018
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang tertanya-tanya sudah berapa lama roti tersebut disimpan sehingga berulat. Kata netizen lagi, jika ianya masih baru dibuat mustahil akan berulat.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan ianya salah penjual kerana mungkin roti tersebut tidak habis dijual dan masih diletakkan di rak roti. Ada juga yang memberikan cadangan agar aduan dibuat berhubung perkara tersebut untuk mengelakkan orang lain pula yang terkena.
Menurut netizen, roti tersebut bukan dijual di Malaysia.Ā Berdasarkan video yang dikongsikan ia mungkin berlaku di Indonesia.
Dalam pada itu, ada segelintir netizen meluahkan rasa was-was untuk membeli roti selepas ini bimbang diri sendiri pula yang akan menjadi mangsa.
Jangan lupa untuk ikuti kami diĀ FacebookĀ danĀ Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampangš±š„
- SUMBER