Baru-baru ini, viral mengenai sebuah premis makanan yang menyediakan minuman dalam tin susu. Rata-rata yang mencuba minuman tin susu tersebut tidak melepaskan peluang untuk memuat naik gambar di media sosial kerana hidangan tersebut dianggap hipster serta lain dari yang lain.

Bagaimanapun, di laman Twitter, minuman tersebut menjadi perbualan hangat netizen yang berpendapat hidangan tersebut boleh mendatangkan bahaya memandangkan bahagian penutupnya yang tajam serta keadaan tin yang mudah karat yang boleh membawa mudarat.

BACA: Kopi ‘Kaw’ Aunty Evelin Dipuji Ramai, Kalah Kafe Hipster

Rata-rata netizen berpendapat mungkin premis makanan tersebut mahu mencari kelainan demi menarik pelanggan, namun cara tersebut hanya mendatangkan bahaya. Dalam pada itu, ramai yang meminta agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengulas mengenai isu tersebut.

Menerusi Facebook, KKM terpanggil untuk mengulas dan memberikan beberapa sebab mengapa tidak digalakkan untuk minum minuman yang dihidang dalam tin.

Adakah makan atau minum menggunakan bekas tin susu selamat?

Persoalan ini timbul apabila sebuah kedai makan dipercayai di Pulau Pinang menghidangkan minuman kepada pelanggan menggunakan bekas tin susu dan menjadi viral di media sosial.

Sebelum ini sebuah premis makanan juga dikatakan menghidangkan nasi kukus tin.

Pengguna media sosial mendesak KKM memberikan pandangan.

Admin kongsikan dua komen daripada pegawai perubatan tetapi ini bukan kenyataan rasmi KKM.

Komen 1

1. Risiko kencing manis.
2. Risiko bahaya luka atau trauma pada kawasan muka
3. Risiko keracunan makanan jika tin kotor/karat etc.

Kesimpulannya sangat tidak digalakkan untuk dihidang minuman dalam tin.

Komen 2

Pasal minum teh dalam tin tu. Ni saya punya pendapat peribadi…

Perlu berpada-pada untuk membuat sesuatu yang hipster bagi menarik perhatian orang ramai.

Utamakan keselamatan dan kesihatan.

Bayangkan beberapa perkara yang boleh terjadi seperti Leptospirosis (kencing tikus), Diabetes Mellitus (kencing manis), Tetanus infection (kancing gigi), trauma luka akibat besi tajam dan penyakit lain iaitu 3 serangkai kesan daripada kencing manis.

Jadilah kapitalis yang beretika.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥