Letak Minyak Brek Motor Pada Gigi Sakit, Pipi Terpaksa Ditebuk
Boleh dikatakan ramai diluar sana yang tidak menitikberatkan kesihatan gigi dek kerana takut untuk berjumpa dengan doktor gigi. Pasti semua tahu pemeriksaan gigi perlu dilakukan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.
Siapa yang pernah mempunyai pengalaman sakit gigi, pasti tahu betapa peritnya rasa sakit tersebut. Lebih teruk ada yang mengalami sakit gigi sehingga demam.
BACA: Jangan Ambil Remeh, Esen Vanila Tak Sembuhkan Sakit Gigi
Kalau dah sakit gigi tu cepat-capat jumpa doktor dan jangan pula jadi seperti individu ini yang membiarkan gigi sakit bertahun lamanya dan hanya bergantung pada minyak brek motor.
Letak minyak brek motor pada gigi sakit? Biar betul? Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Happy Wee berkongsikan kisah benar dimana seorang pesakit merawat giginya yang sakit dengan meletakkan minyak brek motor sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Sudah bertahun sakit gigi, akhirnya sakit semakin teruk
Menurut perkongsian tersebut, individu itu meletakkan minyak brek motor pada giginya yang sakit dan rasa sakit tersebut hilang. Beberapa minggu kemudian gigi di bahagian lain pula yang sakit dan mencuba cara yang sama, namun rasa sakit tidak hilang, malah wajahnya semakin membengkak.
Bengkak semakin besar, nanah sudah sampai ke saraf & otak
Doktor yang merawatnya membuat keputusan untuk mencabut gigi yang didapati sudah rosak dan mengeluarkan nanah yang sudah penuh dimuka. Lebih mengejutkan, jangkitan yang dialami oleh individu tersebut boleh membawa maut.
Apa pun diharap kisah ini dapat dijadikan pengajaran dan sakit gigi tidak boleh dibuat main. Jika tidak merawatnya dengan betul ianya boleh menyebabkan kematian. Siapa sangka, pada awalnya ia hanya masalah kecil tapi boleh membawa masalah besar.
angan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱
- SUMBER
- Facebook Happy Wee