Baru-baru ini tular satu video di mana ibu bapa mentua sanggup mengejar lori untuk menunaikan hasrat menantu kesayangannya yang mengidam untuk minum air Milo dari lori itu sendiri.

Menerusi perkongsian Azmer Merzam, 23, di Twitter, ibu dan bapanya sanggup mengejar sehingga lori itu berhenti di tepi jalan. Namun, hasrat isterinya, Natasya Rose, 23, itu tidak dapat ditunaikan kerana tiada bekalan air milo yang sudah dibancuh.

BACA: Menantu Mengidam Punya Pasal, Mentua Sanggup Kejar Lori Milo

Menurut Azmer, isterinya mengidam air Milo dari lori sejak usia kandungan 2 bulan lagi dan kini kandungannya mencecah lapan bulan. Katanya lagi, hampir setiap hari isterinya minum Milo.

Nampaknya, video tular itu berjaya menarik perhatian pihak Nestle Products Sdn Bhd dengan membuat kejutan ‘mengirimkan’ sebuah lori Milo ke rumah ibu hamil bertuah itu.

Menurut Natasya, dia dimaklumkan oleh suaminya mahu mengadakan majlis makan-makan dan menjemput anak yatim sempena menyambut ketibaan Ramadan, namun tidak menyangka keinginannya tertunai apabila melihat ada lori Milo berhenti di hadapan rumah.

“Tiba-tiba saya melihat ada lori Milo berhenti di hadapan rumah dan ketika itulah baru suami memaklumkan yang Nestle sudi menyumbangkan air untuk majlis itu.

“Selepas hampir enam bulan mengidam akhirnya keinginan saya tertunai juga, malah saya berasa seakan mahu menangis saat menghirup air Milo lori ini. Saya hanya teringin secawan Milo saja tetapi tidak sangka pula dapat satu lori.” katanya kepada Harian Metro.

Kata Natasya lagi, dia ketagih dengan minuman Milo sejak kandungannya berusia dua bulan dan setiap hari akan minum sama ada dibancuh sendiri atau dibeli di kedai.

“Saya sudah minum pelbagai jenis Milo, baik dibancuh sendiri, di kedai makan, tin atau kotak tetapi saya teringin sangat minum Milo lori.

“Keinginan itu mungkin dipengaruhi kenangan ketika zaman sekolah dulu…saya bersyukur dan terharu kerana ramai pihak prihatin akan keinginan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Pemasaran Milo, Maria Murni Nur Azmi berkata, pihaknya terpanggil untuk memenuhi keinginan Natasya selepas melihat kesungguhan keluarganya mengejar dan menahan lori mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?