Sekarang ni semakin ramai memilih kapal terbang untuk ke destinasi pilihan. Dah banyak tiket tambang murah ditawarkan oleh syarikat penerbangan. Naik kapal terbang bukan sahaja memudahkan, malah lebih cepat tiba dan selesa.

Bila dah ramai yang menaiki kapal terbang, semakin banyak aduan dan kerenah dari penumpang.

BACA: Penerbangan Bajet Tanpa Tempat Duduk?

Baru-baru ini, menerusi Facebook, seorang wanita memuat naik status meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah syarikat penerbangan popular. Hanya kerana lewat lima minit untuk solat subuh, wanita itu tidak dibenarkan menaiki kapal terbang.

Menurut wanita itu, dia tiba awal di lapangan terbang, namun dia hanya pergi solat sebentar sebelum kapal terbang berlepas.

Hanya kerana solat kurang dari 5 minit, terus tak bagi naik

Kurang dari lima minit dia solat, dia tidak dibenarkan menaiki kapal terbang kerana dia dikatakan sudah terlepas panggilan terakhir.

Selepas 15 minit menunggu di situ, kapal terbang masih belum lagi berlepas, namun staf bertugas tidak membenarkannya menaiki kapal terbang itu dan meminta untuk membeli tiket lain.

Siap suruh minta beli tiket lain

Ketika itu bukan hanya dia sahaja yang tidak dibenarkan menaik kapal terbang tersebut. Ada enam orang lagi bersamanya termasuk seorang pak cik tua bersama anaknya yang kurang upaya.

Boleh jadi syarikat penerbangan terbaik kalau longgarkan peraturan

Tambah wanita itu lagi, syarikat penerbangan itu boleh jadi yang terbaik jika melonggarkan sedikit peraturan mereka.

Mungkin staf syarikat tersebut hanya menjalan tugas mereka. Diharap ada penyelesaian baik antara penumpang dan syarikat penerbangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:
AirAsia Bakal Perkenal Check In Guna Wajah
China Tak Bagi Orang Miskin Naik Kapal Terbang?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Bro Pian Yang Awesome” | Mail Time #3