Sejak kebelakangan ini, restoran makan sambil rendam kaki di sungai semakin menjadi trend. Disebalik keunikan sambil menikmati juadah, pelanggan dapat berehat sambil menikmati udara segar di sungai.

Berikutan kes 9 sekeluarga disyaki di jangkiti Kuman Kencing Tikus (Leptosiprosi), Facebook Public Health Malaysia kongsikan pendapat mereka tentang trend restoran berendam di sungai.

BACA: RM3 Untuk Seekor Tikus

Selamatkan restoran berendam dari sudut kesihatan?

“Baru baru ini 9 sekeluarga telah di syaki di jangkiti Kuman Kencing Tikus (Leptosiprosis) selepas mereka bercuti di Pusat Rekreasi Hutan Lipur Gunung Belumut, Kluang. Siasatan yang di jalankan mengesahkan air sungai sungai di kawasan tersebut telah di cemari dengan kuman tersebut.

Leptospirosis adalah antara masalah penyakit berjangkit utama di Malaysia dan wajar diberi perhatian. Pada tahun 2015, terdapat 5,632 kes leptospirosis telah di kesan di Malaysia. Penyakit yang epidemik di Malaysia ini berpunca dari pencemaran air oleh kencing tikus (atau haiwan lain).

Kajian epidemilogi telah mengenalpasti mengapakah penyakit ini banyak berlaku di Malysia. Faktor persekitaran yang panas dan lembab, haiwan pembawa yang banyak dan kekerapan bencana banjir merupakan antara faktor yang menyebabkan peningkatan kes Leptospirosis di Malaysia. Faktor pekerjaan, aktiviti rekreasi air, bencana banjir dan tikus (rodent) yang banyak merupakan antara punca jangkitan di Malaysia.

Mengetahui risiko dan peningkatan jangkitan kuman maut ini di Malaysia, langkah pencegahan perlu di lakukan sebaik mungkin.”

Penyakit kencing tikus banyak terjadi di Malaysia dan jangkitan ini boleh membawa maut. Persekitaran Malaysia yang panas dan lembab antara faktor utama peningkatan kes Leptospirosis di Malaysia.

Sisa makanan menjemput tikus ke kawasan tersebut

“Trend makan berendam ini MUNGKIN boleh menjadi faktor risiko kepada jangkitan kuman kencing tikus kerana;

1. Makan berendam menjemput TIKUS
Walaupun pihak pengusaha premis telah berusaha untuk memastikan kebersihan persekitaran terjamin namun sudah pasti ada sisa makanan yang terjatuh ke dalam sungai.

Sisa makanan ini akan menjemput haiwan pembawa kuman seperti tikus untuk datang ke kawasan tersebut. Kehadiran tikus akan meningkatkan risiko pencemaran kencing tikus di kawasan berkenaan sekaligus meningkatkan risiko jangkitan kepada manusia.

2. Kaedah Penularan Kuman
Kuman Leptospirosis merebak melalui makanan atau minuman yang telah tercemar dengan air. Menikmati hidangan di dalam sungai yang (mungkin) dicemari kuman akan meningkatkan risiko jangkitan kepada pengunjung.

3. Saliran Tidak Lancar
Kebiasaannya, restoran berendam akan di bina di kawasan air cetek yang tidak deras. Faktor ini akan menyebabkan kuman berkumpul di kawasan tersebut berikutan saliran yang tidak lancar.”

Sudah pasti ada sisa makanan yang yang terjatuh dan menyebabkan tikus berkeliaran di kawasan tersebut. Jika anda ke restoran tersebut, pasti anda dapat lihat sama ada kawasan tersebut bersih atau tidak.

Boleh nak cegah, pastikan kawasan itu bersih

“Kaedah untuk mencegah jangkitan dan penularan penyakit ini.

Kunci utama bagi pencegahan penyakit ini adalah faktor KEBERSIHAN. Tikus tidak akan hadir ke kawasan tersebut jika tiada sisa makanan di tinggalkan di kawasan tersebut.

Di sesetengah kawasan rekreasi di luar negara, peraturan ketat di wujudkan untuk melindungi kawasan rekreasi. Pengunjung bukan sahaja disarankan untuk membawa pulang semua sampah sarap malah ada juga kawasan rekreasi yang tidak membenarkan langsung makanan dibawa.

Malaysia bertuah kerana dikurniakan dengan kepelbagaian dan keindahan flora dan fauna. Namun malangnya kesedaran mengenai penjagaan kebersihan seringkali diabaikan pengunjung.

Sekiranya kita lebih prihatin dalam menjaga kebersihan persekitaran, bukan sahaja Leptospirosis, penyakit penyakit berjangkit lain juga dapat dicegah.”

Setiap peniaga dan pengunjung di kawasan rekreasi perlu lebih peka dan menjaga kebersihan sekitar. Kalau boleh bawa balik sampah sarap. Bukan ke menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama?

Jika mahu diteruskan, pemeriksaan premis perlu dipergiat

“Wajarkan Trend Restoran Berendam Dihentikan?

Melihat kepada angka kes Leptospirosis yang melibatkan taman rekreasi di Malaysia, PHM berpendapat, trend restoran berendam ini wajar di hentikan ataupun dikawal dengan peraturan peraturan tertentu.

Sekiranya trend ini mahu diteruskan, pemeriksaan premis berkala perlu dilakukan dan ujian pensampelan air juga perlu di pergiatkan untuk memastikan kawasan rekreasi bebas pencemaran kuman kencing tikus.

Pihak berkuasa yang mengeluarkan lesen juga perlu mewujudkan garis panduan khas untuk mengawalselia aktiviti ini bagi memudahkan proses pemantauan dan melindungi flora dan fauna.”

Setuju sangat jika pemeriksaan berkala dijalankan di restoran berendam. Jangan salahkan tikus kencing merata-rata, tapi manusia sendiri yang salah.

ARTIKEL BERKAITAN:
Buang Semua Makanan Gara-Gara Tikus
Gadis Ini Dikecam Gara-Gara Biawak

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)