Nampaknya belum habis lagi isu pasangan lebian yang dihukum sebat di Terengganu. Kali ini lain pula ceritanya apabila golongan yang mengamalkan hidup songsang seperti lesbian, gay, mak nyah dan pelakon layak menerima bantuan zakat Al-Riqab di Selangor.

Kanyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid itu ternyata mencetuskan kontroversi dan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan netizen.

BACA: Pondan Di Kelantan Boleh Dipenjara, Denda RM1,000

Namun menurut beliau, ianya telah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 14 Mei 2012, atas dasar kebajikan dan kasih sayang dalam Islam supaya golongan ini tidak terpinggir serta merasa seolah-olah didiskriminasi.

“Di dalam fatwa tersebut telah dinyatakan senarai jenis penerima agihan asnaf Al Riqab yang layak menerima bantuan zakat berkenaan melalui perantaraan mana-mana institusi, pusat, NGO (badan bukan kerajaan) lslam dan individu perseorangan, yang dibenarkan oleh undang-undang dan hukum syara’.

“Pihak-pihak ini berfungsi melaksanakan tugas-tugas membebas, mengurus, melindungi, merawat dan memulih asnaf Al Riqab supaya dapat menjalani kehidupan sempurna secara lslam,” katanya.

10 golongan songsang yang layak terima zakat

1. Pelacur
2. Homoseksual
3. Gigolo
4. Biseksual
5. Pengkid
6. Tomboy
7. Gay
8. Mak nyah
9. Lesbian
10. Mereka yang bersedudukan dengan orang bukan Islam

Dalam pada itu, Mohd Tamyes menegaskan golongan LGBT dianggap sebagai satu penyakit mental dan amat membimbangkan kerana telah melawan fitrah.

ARTIKEL BERKAITAN:
Terengganu Bakal Anjurkan Kursus Kesedaran Pondan
Mak Nyah Masih Layak Mengundi Untuk PRU14

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱