Piza merupakan sebuah hidangan yang lazat kerana kaya dengan pelbagai rasa seterusnya menjadikan ia hidangan digemari ramai tanpa mengira usia.

Namun, pernahkah anda melihat piza yang hanya mempunyai taburan kepingan pepperoni di atasnya? Adakah anda masih menyukainya walaupun tiada sos dan keju?

BACA: Restoran Piza Robot Pertama Di Pakistan

Seorang pengguna laman sosial Twitter berkongsi sebuah gambar miliknya yang menunjukkan sebuah piza dipesan oleh ibunya.

B.J. Stead, seorang pemuzik dari kumpulan Ohio band Miss May I berkata, ibunya baru pertama kali memesan piza menggunakan aplikasi Domino’s. Disebabkan itu, ibunya terlupa untuk memesan sos serta keju untuk piza tersebut.

Aplikasi Domino’s membolehkan anda memesan serta ‘mencipta’ piza mengikut kesukaan anda. Ibu B. J. Stead berkemungkinan lupa untuk menambah sos di kategori sos untuk piza yang dipesan.

Malah, pekerja Domino’s juga tidak mempersoalkan mengapa pesanan piza diterima nampak ‘pelik’ dan ‘menyedihkan’.

Walaupun rupa piza itu tidak begitu menarik, namun ia masih boleh dimakan kerana kepingan pepperoni kelihatan sangat rangup serta roti yang ringan dan nipis.

Mereka hanya perlu menambah sos sahaja untuk menampakkan piza itu lebih menarik dan menyelerakan.

Sebuah syarikat menjual piza beku, DiGiorno menawarkan 10 piza percuma yang mempunyai ‘sos dan keju’ kepada mereka sekeluarga setelah kisah ini menjadi tular di laman sosial.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Jual Pizza Depan Rumah Saja, Tapi Kena Beratur Panjang