Semakin maju zaman, semakin pelik pula nama diberikan untuk anak-anak. Di Indonesia, seorang bayi lelaki menjadi tumpuan ramai apabila bapanya menamakan anaknya, Google.

Bapanya, Andi Cahya Saputra memberitahu dia berhasrat untuk menamakan anaknya berkaitan teknologi. Idea itu tercetus ketika isterinya hamil tujuh bulan.

BACA: Google, Facebook Bakal Buka Cawangan Di Kulim Kedah

“Namanya Google. Hanya satu perkataan, G-o-o-g-l-e.

“Pada awalnya, antara beberapa nama yang berada di fikiran saya adalah Microsoft, iPhone, iOs, Windows dan sebagainya,” jelasnya.

Katanya lagi, dia memberikan anaknya dengan nama tersebut dengan harapan anaknya akan menjadi seorang pemimpin satu hari nanti.

“Saya beritahu pada bapa, Pak, Google itu ada maksud yang baik kerana Google membantu ramai orang. Harapnya Google boleh jadi orang yang berguna,” katanya.

Meskipun ramai yang mengecam kerana memberikan nama tersebut, namun Andi memberitahu dia tidak mengendahkannya dan hanya menerima komen yang baik sebagai doa.

Dalam pada itu, Andi berkata setakat ini tiada pihak google yang menghubunginya berhubung nama anaknya itu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱