Pasti ramai di antara anda yang pernah bermain kutu ketika zaman sekolah. Tujuannya adalah untuk mengumpul duit dengan jumlah yang banyak. Tetapi kini, main kutu adalah satu kesalahan dan pesalah boleh didenda sehingga RM500,000 atau dipenjara tidak lebih sepuluh tahun.

Baru-baru ini, menerusi Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memaklumkan terdapat beberapa kes apabila penganjur menghilangkan diri bersama wang yang dibayar pelabur atau peserta.

BACA: Wedding Planner Tak Mengaku Tipu Pelanggan

“Di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu. Mana-mana orang untuk menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu dan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan itu melakukan suatu kesalahan.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, pihak polis turut menasihati orang ramai untuk berhati-hati jika menyertai mana-mana ‘main kutu’ kerana selain melanggar undang-undang, peserta berisiko tinggi untuk ditipu.

“Tetapi, jika ibu kutu lari, anda tetap boleh membuat laporan polis di balai berhampiran dan kebiasaannya kes ini akan dipindahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk disiasat,” katanya.

Sebelum ini, media pernah melaporkan beberapa kes apabila mangsa ditipu oleh penganjur sehingga menyebabkan keriguan beribu ringgit.

ARTIKEL BERKAITAN:
Selepas Viral, Wedding Planner Selesai Ganti Rugi
Kena Saman Akibat Tak Datang Hari Perkahwinan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan Indomie Paling Pedas Di Dunia