Setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pasti impikan majlis yang indah untuk diingati sebagai kenangan terindah. Boleh dikatakan ada pengantin sanggup berhutang semata-mata mahu mengadakan majlis yang gah namun akhirnya memakan diri.

Ada yang berhutang sehingga bertahun lamanya dek kerana keinginan mahu membuat majlis kahwin mewah. Namun menerusi Twitter, wanita ini berkongsikan dia hanya menghabiskan kurang daripada RM3,000 untuk majlis perkahwinannya.

BACA: Ustaz Kursus Kahwin Kata Tiada Istilah Suami Curang Sebab Boleh Poligami

Majlis perkahwinannya itu hanya dihadiri oleh 200 orang tetamu sahaja terdiri daripada ahli keluarga serta teman rapat. Paling penting majlis kahwinnya berkonsepkan Hi-Tea dan ianya merupakan majlis indah.

Berkongsikan tips kepada mereka yang mahu mengadakan majlis kahwin sepertinya, wanita tersebut dikenali sebagai Nad berkata perlu berbincang dengan ibu bapa kedua-dua belah pihak terlebih dahulu.

Memilih konsep Hi-Tea, majlis diadakan pada waktu petang. Ujarnya lagi, disebabkan majlis perlu dihabiskan pada waktu petang, perlu menitik beratkan jumlah tetamu bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar.

Ujarnya lagi, apabila memilih untuk mengadakan majlis berkonsepkan Hi-Tea atau minum petang, sekaligus dapat berjimat kerana banyak lokasi atau restoran menyediakan perkhidmatan tersebut.

Paling penting, apabila majlis berkonsepkan Hi-Tea, makanan yang disediakan tidak terlalu berat dan tiada pelbagai lauk. Memang jimat banyak dekat situ.

Ujarnya lagi, meskipun majlis yang diadakan dalam kelompok kecil, namun aturcara majlis perlu disediakan bagi membolehkan para tetamu untuk mengikut timing majlis tersebut. Kalau nak lebih cantik, tetapkan warna tema untuk para tetamu yang hadir.

Siapa cakap nak kahwin perlukan berpuluh ribu ringgit, alamatnya memang sampai ke tua tak kahwin. Buat bakal pasangan yang merancang untuk mengadakan majlis kahwin simple seperti ini boleh ikuti tips yang diberikan oleh Nad ini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lagu Jepun Nyanyian Nenek Comel Tarik Perhatian
Demi Ibu, Lelaki Sanggup Jadi Wanita

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Gula Kapas Terapung, Pizza Rendang Laku Keras Di Kafe Ini