Ubi rebus biasanya enak dimakan semasa sarapan pagi dan minum petang tapi tak semua minat untuk makan ubi kerana terlalu banyak makanan segera yang lebih sedap.

Kanak-kanak generasi sekarang juga kurang didedahkan dengan makanan tradisional ini tetapi sebuah sekolah di Terengganu membuat Program Makan Ubi untuk para pelajar.

BACA: Kisah Baju Sekolah & UPSR Yang Menyentuh Hati

Program Makan Ubi dibuat di Sekolah Kebangsaan Teluk Menara (SKTM), Kuala Terengganu dan memberi kesedaran kepada kebanyakan murid-murid di situ mengenai makanan harian zaman dahulu itu.

Selain itu, program unik ini sebenarnya diadakan sejak tahun 2013 dan telah menjadi tradisi untuk sekolah tersebut dan menjadi penutup Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan SKTM 2017.

“Program makan ubi ini memberi kesedaran kepada saya supaya lebih menghargai kemerdekaan negara,” jelas Ahmad Sulhi Ahmad Fahmi, 12 tahun.

Menurut seorang pelajar bernama Nur Alyaa Husna Masnan, dia suka apabila program seperti itu diadakan di sekolah kerana dia jarang mendapat peluang untuk makan ubi rebus seperti ubi kayu dan ubi keledek.

Semoga generasi akan datang dapat pelihara makanan tradisional kita kerana ia semakin dilupakan dengan lambakan pelbagai makanan segera yang semakin bertambah.

ARTIKEL BERKAITAN:
Jual Telur Ayam Demi Tampung Belanja Sekolah Tahfiz
Hentak Kepala Cikgu Kerana Mencuri

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berlagak Konon Boleh Habiskan