Makanan Anda Dirampas Di Airport? Ini Pengakhirannya
Antara perkara yang sering menjadi perhatian apabila berkunjung ke luar negara adalah tentang makanan dan kebiasaannya kita pasti hendak membawa makanan tempatan seperti buah-buahan dan makanan berunsurkan daging namun terdapat peraturan di lapangan terbang bahawa makanan seperti itu penumpang tidak dibenarkan bawa.
BACA: Adakah Kedai Nasi Ganja Ini Akan Diserbu MBSA?
Peraturan seperti ini lebih ketat apabila di negara luar seperti Amerika Syarikat seperti yang ditunjukkan dalam dokumentari yang dihasilkan oleh Great Big Story ini.
Dokumentari ini menunjukkan bagaimana makanan seperti buah-buahan dan produk daging yang dibawa penumpang dirampas dan cara pelupusannya.
Antara tujuan peraturan ini dilaksanakan adalah untuk memastikan tiada kebarangkalian jangkitan bakteria ataupun serangan serangga daripada buah-buahan kepada produk tempatan di sana.
Isu jangkitan seperti ini adalah satu isu yang besar pada mana-mana industri pertanian di sesebuah negara.
Daripada dokumentari tersebut kita dapat lihat bahawa buah-buahan dan produk daging itu akan dipotong kecil dan dikisar dalam pengisar yang besar.
Setelah itu bahan yang dikisar itu akan dibuang dengan cara yang lebih khusus.
Namun begitu kami tidak pasti bagaimana pula proses pelupusan produk seperti ini di lapangan terbang di Malaysia. Mungkin cara sama ataupun tidak.
VIDEO: Makan Tom Yam Sampai Tersedak?
- SUMBER
- Nextshark