Makanan yang sedap dengan harga yang berpatutan adalah antara kriteria yang menjadi plihan utama pelanggan apabila menjamu selera di luar sehinggakan ada yang menjadi pelanggan setia yang berkunjung ke tempat yang sama setiap hari tanpa rasa jemu atau jika lama tidak merasai maknanan tersebut ia akan menjadi ketagih.

BACA: Ini Kisah Lelaki Penyabar Berbaju Biru

Begitu juga gerai Nasi Ganja Limited Edition, di Jalan Nafiri, Shah Alam yang terkenal dengan menu nasi ganja sehingga menjadi viral baru-baru ini dan kesannya daripada itu orang ramai tidak putus-putus beratur untuk merasai nasi berlauk yang dijual.

Gambar: Facebook Viral Oh Viral

Mempunyai kuah kari yang pekat dan dimasak sempurna dengan rempah ratus serta pilihan lauk pauk seperti ayam goreng berempah dan kari daing memang memenuhi selera orang ramai.

Gerai ini dibuka seawal 7 pagi hingga juadahnya habis setiap hari Isnin hingga Jumaat dan setiap hari juga orang ramai memenuhi gerai ini untuk mendapatkan juadah yang istimewa.

Gambar: Facebook Viral Oh Viral

Berharga sekitar RM8 sehingga RM1 adalah satu harga yang sangat berpatutan dengan kualiti makanan yang disajikan.

Namun terdapat juga satu kerisauan apabila gerai-gerai seperti ini viral di media sosial kerana pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Shah Alam boleh melakukan pemeriksaan apabila ada pihak yang membuat laporan ataupun aduan.

VIDEO: Bubur Ayam Ganja Dibalik Tak Tumpah? | Bandung Part 03