Makanan Percuma Jika Dapat Lepasi Pagar Sempit
Siapa yang tak sukakan makanan percuma? Pantang dengar makanan percuma je mesti ramai-ramai pergi serbu.
Baru-baru ini, sebuah restoran di Shandong, China menjadi perhatian ramai apabila mereka menawarkan promosi diskaun kepada pelanggan sekiranya mereka mampu melepasi pagar logam yang sempit.
BACA: Bagi Makan Percuma, Tapi Ramai Tak Puas Hati?
Menurut pemilik restoran tersebut, promosi tersebut bertujuan untuk menggalakkan orang ramai agar menjaga pemakanan dan berat badan.
Lebar pagar yang berbeza menentukan jenis diskaun yang bakal diterima pelanggan. Jika berjaya melepasi pagar dengan kelebaran 15 sentimeter, pelanggan akan dapat makanan dan minuman secara percuma.
Jika dapat melapasi pagar selbar 18 sentimeter, pelanggan akan mendapat 5 tin bir, manakala lebar 25 sentimeter hanya mendapat satu tin bir.
“Paling mengejutkan, boleh dikatakan seorang pelangga sahaja yang mampu melepasi pagar paling sempit setiap hari. Mereka terdiri daripada pelanggan wanita,” ujar pemilik restoran tersebut.
Bagus juga ada cabaran seperti ini. Bila tak lepas pagar tersebut, barulah ada keazaaman yang tinggi untuk menurunkan berat badan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Apa Ada Dengan Wonder Cheese?
- SUMBER
- Sinar Harian