Memang bangga bila makanan Malaysia jadi kegemaran orang di luar negara. Terbaru, syarikat Terengganu Kitchen Sdn. Bhd mengeksport makanan popular Terengganu iaitu Nasi Dagang dan Keropok Lekor ke London.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, makanan Terengganu yang di perkenalkan di luar negara itu mendapat sambutan luar biasa.

“Untuk langkah pertama, kami baru menghantar 20,000 pek nasi dagang dan keropok lekor ke London dan sambutannya sangat baik.

Nasi Dagang dijual dengan harga £4 (RM21), manakala keropok lekor pula dijual £3.50 (RM19).

Tambah Razif lagi, beliau berharap dapat mengembangkan lagi dengan menyediakan makanan Terengganu yang lain seperti ikan celup tepung, ikan singgang dan kek tempatan.