Syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines dinobatkan sebagai Penerbangan Terbaik di Asia pada Anugerah Perjalanan Antarabangsa Persatuan Antarabangsa Penulis Perjalanan Kawasan Pasifik (PATWA) yang diadakan di ITB Berlin, Jerman.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, pihaknya berbanggga menerima anugerah berkenaan dan mendedikasikannya kepada kakitangan Malaysia Airlines yang memberi fokus kepada penyampaian pengalaman perjalanan bertaraf dunia kepada penumpang.

BACA: MAS Nafi Dakwaan Iklan Daging Babi, Sebenarnya Daging Wagyu

Ini adalah bukti komitmen kami untuk menawarkan penumpang pengalaman hebat di udara dan di lapangan.

Malaysia Airlines has scooped the Best Airline in Asia Award at this year’s PATWA International Travel Awards thanks to…

Posted by Malaysia Airlines on Ahad, 10 Mac 2019

Dalam pada itu, sebagai tanda terima kasih, Malaysia Airlines menawarkan potongan harga tiket sehingga 25% ke beberapa destinasi terpilih termasuk Hong Kong dan Sydney.

Tawaran hebat tersebut untuk perjalanan sekarang hingga 31 Mei 2019. Promosi akan berakhir jam 12 tengah malam 12 Mac 2019.

Anda boleh menempah tiket di mana-mana agensi pelancongan yang mengambil bahagian atau terus ke lamn sesawang rasmi Malaysia Airlines.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Set Siakap Stim Limau Paling Berbaloi Di Malaysia! 😱😱😱 (sampai 31 Januari 2019 saja)