Malaysia Bakal Bina Kilang Vaksin Halal Pertama Di Dunia
Nampaknya Malaysia akan menjadi negara pertama miliki kilang vaksin halal pertama di dunia apabila kerajaan akan membina kilang tersebut di Negeri Sembilan tidak lama lagi.
Meskipun proses pembinaan kilang itu akan mengambil masa untuk disiapkan, namun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata ia langkah terbaik oleh kerajaan untuk memberi keyakinan kepada ibu bapa kerana vaksin yang dihasilkan dari kilang itu adalah halal.
BACA: Tak Beri Anak Suntikan Vaksin, Ibu Bapa Boleh Didenda RM20,000
“Dari segi halal sememangnya telah ada vaksin yang halal yang telah dilakukan kajian terperinci dengannya dan kita dalam proses untuk membina kilang vaksin halal yang pertama dalam dunia.
“Jika dapat dibina dan vaksin dapat dikeluarkan, saya yakin ia boleh memberi alternatif kepada ibu bapa kerana ianya halal dan mereka akan dengannya,” katanya kepada Astro Awani.
Dalam pada itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan terlibat dalam menubuhkan fatwa berkenaan suntikan vaksin imunisasi kanak-kanak yang menjadi isu hangat di kalangan ibu bapa.
Isu vaksin kini menjadi bualan ramai berikutan kes seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Johor yang disahkan tidak pernah menerima suntikan vaksin difteria meninggal dunia minggu lalu akibat penyakit itu.
Manakala lima lagi kanak-kanak yang dilaporkan pernah berada dan berhubung terus dengan mangsa juga disahkan positif penyakit berkenaan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱
- SUMBER
- Astro Awani