Malaysia Dijangka Alami Cuaca Panas Hingga Oktober
Jangan lupa minum banyak air kosong, sediakan payung, sunblock, tuala dan peralatan yang boleh lindungi kulit anda daripada cuaca panas.
Ia berikutan Malaysia dijangka mengalami cuaca panas dan kurang taburan hujan sehingga Oktober ini.
BACA: Ini Cara Mudah Sejukkan Rumah Ketika Musim Panas
Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis, berkata selain Malaysia, Singapura dan Sumatera, Indonesia dijangka turut mengalami cuaca sama.
“Kita jangka akan mengalami kekurangan taburan hujan dengan cuaca lebih panas dan kering…tahun ini tanpa fenomena El Nino dan La Nina sehingga Oktober,” katanya.
Ekoran jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia, setakat ini 67 lokasi di seluruh negara merekodkan bacaan IPU sederhana iaitu antara 51 hingga 98.
Dalam pada itu, semua pihak dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan mengurangkan aktiviti di luar rumah.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nasi Goreng Cili Padi
- SUMBER
- BH Online