Manggis merupakan khazanah Asia Tenggara yang tidak ternilai, ini kerana manggis asalnya merupakan tumbuhan malar yang hanya terdapat di Asia Tenggara.

Sesuai dengan gelarannya sebagai ‘ratu buah’ manggis juga pernah dimakan oleh sang ratu dari luar benua Asia. Ya, beliau ialah Ratu Victoria England pada kurun ke-18.

Namun, bagaimana tumbuhan Asia Tenggara boleh dimakan oleh ratu dari benua Eropah? Dan sejauh manakah kebenaran kisah ini?

Perlumbaan membawa pokok manggis ke Eropah bermula sejak kurun ke-18

Manggis kaya dengan antioksidan.

Jika dirujuk dalam catatan sejarah, perlumbaan bagi mendapatkan tumbuhan ini sudah bermula sejak kurun ke-18 lagi.

Peningkatan kesedaran mengenai manggis di luar Kepulauan Melayu, telah melalui proses yang panjang dan perlahan.

Beberapa penjelajah yang melintasi lautan Asia Tenggara mempunyai masalah yang lebih mendesak untuk cuba mengangkut kembali ke Eropah dan kemudian Amerika yang merupakan buah eksotik yang sangat mudah rosak dan rapuh.

Malah benih manggis akan mati dalam seminggu atau lebih jika dibiarkan kering ketika pelayaran merentas benua.

Walaupun ketika zaman itu perdagangan rempah ratus, logam dan juga kacang mendatangkan pulangan lumayan, namun percubaan bagi membawa pokok manggis hidup ke benua Eropah merupakan satu pertaruhan yang sangat hebat.

Kabinet yang direka oleh orang Eropah bagi membawa pokok manggis kedalam geladak kapal. Imej dari mangosteen.com

Pengangkutan tumbuhan ke dalam kapal memerlukan langkah-langkah yang lebih terperinci, antaranya dengan menyegarkan dek kapal, melapisi badan kapal dengan tembaga untuk menghalang parasit kayu laut, merekabentuk tumbuhan khas atau membina rumah hijau di atas dek, menyimpan air tawar tambahan , dan sebagainya.

Beberapa penjelajah tumbuhan yang terdahulu berjaya mengembalikan kargo mereka ke negara asal atau koloni mereka.

Perlumbaan membawa tumbuhan Asia ke Eropah sejak kurun ke-18.

Rekod yang memperincikan pergerakan manggis semasa abad ke-18 dan ke-19 menunjukkan bahawa pengenalan pertama manggis di UK adalah dari seseorang yang bernama Anton Pantaleon Hove.

Beliau dihantar oleh Sir Joseph Banks untuk pergi dan cuba ‘mendapatkan’ beberapa jenis benih kapas dari Gujarat, India.

Namun apa yang diperolehnya adalah tumbuhan manggis yang membuatnya kembali ke Plymouth, England pada tahun 1789.

Ratu buah, Ratu Victoria dan cerita rakyat

Ratu Victoria pernah merasai buah manggis.

Beberapa catatan sejarah yang TIDAK RASMI menyebut buah manggis merupakan buah kegemaran Ratu Victoria , England.

Sekitar tahun 1890-an, baginda dikatakan pernah menawarkan ganjaran sebayak 100 pound sterling kepada mana mana penjelajah yang berjaya membawa pulang buah manggis yang segar kepada baginda Ratu.

Walaupun kisah ini hanya cerita rakyat. Namun cerita mengenai Ratu Victoria pernah merasai buah manggis adalah benar.

Pokok manggis pernah ditanam di England dan pernah berbuah. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1855 dan sangat sensasi ketika itu.

Pencapaian ini telah dicapai di Syon Park, di kediaman pusaka Dukes of Northumberland, mereka memiliki kebun yang dicipta untuk tanaman manggis.

Kompleks rumah hijau dipanaskan untuk mengekalkan suhu tropika yang mantap bagi mengimbangi iklim British yang sederhana.

Sejarah mengenai peristiwa Ratu Victoria merasai manggis buat kali pertamana juga agak kabur. Tiada catatan atau dokumentasi bertulis mengenai peristiwa itu.

Namun terdapat satu petunjuk yang menggembirakan dalam kajian semula buku yang mencadangkan Ratu Victoria telah mencuba manggis lebih awal dari tahun 1891.

Buku tulisan Lucy Moore merujuk kepada Ratu “menikmati rasa buah-buahan eksotik seperti rambutan dan manggis yang dikirim khusus untuk hidangan”.

‘Super Fruits’ Kegilaan Masyarakat Barat

Manggis jadi kegilaan orang barat. Imej dari Benefits of mangosteen.

Jika anda membuat carian di internet mengenai manggis pasti anda akan menjumpai banyak laman web dari luar negara membincangkan tentang kehebatan manggis.

Kegilaan masyarakat barat (terutama di US) kepada Manggis bermula sejak tahun 2006 apabila New York Times menyiarkan artikel berkenaan manggis.

Sejak itu, buah eksotik tersebut diburu dan semakin hangat di perkatakan. Pemasaran agresif pengeluar produk makanan tambahan telah menggelarnya sebagai “Super Fruits” dengan pelbagai tawaran khasiat kepada kesihatan.

Kajian mengenai buah ini juga telah meningkat secara mendadak sejak itu. Di laporkan, dari tahun 1980 sehingga 2008, hanya terdapat 158 kajian berkenaan manggis.

Bebanding 454 kajian di laporkan dalam tempoh 2008 sehingga 2013. Pemasaran produk berasaskan manggis juga telah meledak dengan jumlah jualan sebanyak 200 juta USD di US pada tahun 2008.

Di Malaysia, kita sangat bertuah kerana buah Manggis boleh didapati dengan mudah dan dijual dengan harga yang berpatutan. Pada musim buah yang lepas, manggis hanya dijual dengan harga RM5 sekilogram.

Artikal Berkaitan
Tak Sampai Rm20, Buat Sendiri Cheesecake Durian Gebu
Durian Goreng Cheese Pula Jadi Perhatian Ramai

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Ketam Di Setapak 🔥🔥🔥

Sumber: mangosteen.com, PublicHealthMalaysia