Pasti semua tahu bahawa 1 Oktober merupakan sambutan Hari Kopi Sedunia. Siapa yang tidak gemarkan kopi, lagi-lagi kalau dapat kopi yang kaw.

Nampaknya, bersempena dengan Hari Kopi Sedunia, McCafe McDonald’s Malaysia turut tidak ketinggalan menawarkan promosi dengan menawarkan Iced Latte bersaiz Medium dengan hanya RM1.99 sahaja.

BACA: McD Phillippines Are Selling Boba Tea McFloat, But Does Malaysia Wants?

Untuk tawaran Iced Latte, anda boleh dapatkan dengan harga RM1.99 dengan menebus melalui aplikasi McDonald’s dan promosi tersebut berlangsung daripada 10 pagi sehingga 10 malam.

Turut ditawarkan promosi The Perfect Pair, iaitu Iced Latte bersama kek daripada Secret Recipe berharga RM12.99 sahaja dan Latte For Your Meal hanya RM11.99.

Jika anda bukan peminat kopi, turut ditawarkan promosi Iced Chocolate sebanyak 50 peratus. Promosi sah di semua cawangan McCafe di seluruh Malaysia. Tunggu apa lagi, ajak la kawan-kawan untuk terjah cawangan McCafe berhampiran anda!

ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Di Shah Alam Ini Sentiasa Penuh, Apa Rahsianya! 😱