McD Malaysia Lapor Polis Berhubung Dakwaan Boikot
Nampaknya boikot dan rangkaian restoran makanan segera, McDonald’s Malaysia tak dapat dipisahkan apabila berita mengenai penindasan terhadap umat Islam di negara lain tercetus.
Ramai yang masih keliru dan tidak tahu bahawa McDonald’s Malaysia tidak terlibat dengan penyaluran dana kepada Israel.
BACA: Inilah Kisah Keluarga ‘Raja’ Burger Arab Saudi
Pengarah Urusan dan Pemilik Saham Tempatan Gerbang Alaf Restaurant Sdn Bhd, Azmir Jaafar, berkata pihaknya membuat laporan polis terhadap lebih 20 individu dan organisasi yang mengajak orang ramai memboikot restoran makanan segera itu.
Menurutnya, pihak tidak bertanggungjawab ini dikesan mendakwa McDonald’s Malaysia memberi dana kepada Israel. Oleh itu, pihaknya turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Azmir menerangkan McDonald’s Malaysia tidak terlibat dengan program pemberian sepadan melalui Jewish United Fund (JUF) yang diamalkan oleh McDonald’s Amerika Syarikat dan pihaknya hanya membayar royalti kepada McDonald’s Corporation.
“Justeru, kami menubuhkan satu pasukan peguam penasihat luar untuk membantu dan memastikan hak dan kepentingan syarikat serta lebih 12,000 pekerja dilindungi,” jelasnya.
Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dikecam hebat dari seluruh dunia dan ia mencetuskan protes secara besar-besaran di seluruh dunia termasuk memboikot McDonald’s Malaysia.
Mengikut penerangan Azmir, JUF adalah satu satu badan di Amerika Syarikat yang berhak menerima sumbangan program pemberian sepadan, tetapi Malaysia tidak terlibat dengan program tersebut.
Anda boleh layari www.mcdonalds.com.my/company/news/mengenali-mcdonalds-malaysia untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini.
ARTIKEL BERKAITAN:
Bila Abang Drive-Thru McD Layan Nyanyi Sekali
Ini Penangan Berpantun Dengan Gadis McD
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pencarian Masak Lemak Salai Di Nismilan (Negeri Sembilan)
- SUMBER
- BERITA HARIAN