Baru-baru ini pembukaan cawangan IKEA keempat Malaysia di Batu Kawan, Pulau Pinang menarik ribuan ramai orang khususnya penduduk utara untuk berkunjung ke pusat gedung perabot popular itu.

Sambutan yang diterima sangat luar biasa sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar. Bukan itu sahaja, lebih mengejutkan lebih 32,000 bebola daging dan 23,600 karipap terjual pada hari pembukaan tersebut.

BACA: Pengguna Boleh Sewa Perabot IKEA Bermula Bulan Hadapan

Bagaimanapun ada cerita tak sedap didengar telah disebarkan melalui aplikasi WhatsApp mengenai bebola daging IKEA kononnya mengandungi ramuan babi. Ada yang mendakwa produk itu dijual di cawangan IKEA Batu Kawan.

Susulan khabar angin tersebar, pihak IKEA mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut. IKEA tampil menegaskan produk bebola daging Kottbullar yang dijual di Malaysia halal dan diperbuat daripada daging lembu.

Menerusi kenyataan itu lagi, produk tersebut juga telah mendapat pengesahan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Kami ingin menangani kebimbangan yang timbul berkenaan dengan bahan-bahan bagi IKEA KOTTBULLAR.

“Kami ingin meyakinkan rakyat Malaysia bahawa sumber bagi item makanan segar dan dimasak yang dijual di Restoran, Bistro serta Swedish Food Markets IKEA Malaysia adalah daripada pembekal tempatan yang mempunyai sijil halal sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).”

“Premis-premis berkenaan adalah BEBAS KHINZIR sepenuhnya dan tiada bahan yang mengandungi alkohol dihidangkan atau digunakan dalam proses penyediaan makanan di IKEA.”

Buat peminat bebola daging IKEA terutama sekali buat warga utara, tidak perlu rasa bimbang atau was-was kerana ianya telah disahkan halal.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥