Awal September, dua wanita dikenakan hukuman sebat enam kali seorang apabila ditangkap dan didakwa melakukan hubungan sejenis pada April lalu. Hukuman sebatan di khalayak umum yang dilaksanakan itu adalah yang pertama kali dilakukan di Terengganu.

Terbaru, seorang ibu tunggal bakal berdepan hukuman sebatan syariah atas kesalahan melakukan persediaan melacurkan diri. Tertuduh yang berusia 30 tahun sebelum itu didakwa menawarkan khidmat seks kepada seorang lelaki kira-kira jam 10.45 malam pada 17 September lalu.

BACA: Pasangan Lesbian Disebat Di Terengganu, 100 Orang Jadi Saksi

Mengikut pertuduhan, ibu kepada seorang anak itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam sebuah hotel di bandar Kuala Terengganu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001.

Tertuduh juga bakal berdepan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan.

Siapa yang melanggan pelacur tak kena tangkap & tak kena sebat?

Menerusi Twitter Astro Awani, kes tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang mempersoal mengapa wanita itu sahaja yang dikenakan hukuman, bagaimana pula dengan pelanggan atau lelaki yang melanggan pelacur.

Kes tersebut menimbulkan perbalahan di kalangan netizen. Ada yang mempertahankan wanita tersebut dengan mengatakan mungkin tertuduh terpaksa melakukan sedemikian untuk menyara hidup.

Namun, ada yang tidak bersetuju kerana banyak lagi pekerjaan yang boleh dilakukan. Dalam masa sama, ada netizen yang menyalahkan kerajaan negeri di atas apa yang berlaku.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Yang Best Di Sungai Petani?