Memang Tak Akan Jadi Bodoh, Tapi Ini Bahaya Makan Mi Segera
Ketika zaman kecil-kecil, pasti anda selalu dengar, “Jangan makan megi, nanti sekolah tak pandai.” Tak pasal-pasal mi segera dipersalahkan kerana dikatakan makanan yang menjadi punca otak lembap.
Namun menurut seorang doktor ini, mi segera sebenarnya tidka menjadikan seseorang itu ‘bodoh’. Boleh dikatakan mi segera ni menjadi penyelamat buat mereka yang sedang kelaparan lebih-lebih lagi untuk pelajar.
BACA: Ini Fakta Mi Segera Sedunia Anda Perlu Tahu
Paling penting, makan mi segera juga tidak menjadikan sesorang itu botak, namun ada beberapa masalah yang anda perlu tahu jika diambil secara kerap atau berlebihan.
Banyak juga jasa mi segera ni. Tapi ada masalah anda perlu tahu
Sebungkus mi segera bersamaan berlari 30 minit
Kenyataan ini pasti membuatkan ramai yang terkejut, lebih-lebih lagi buat mereka yang ‘hantu mi segera’. Sebungkus mi segera bersamaan dengan 30 minit berlari dan 45 minit berbasikal. Siapa yang nak diet tu, mi segera memang bukan makanan yang terbaik.
Boleh nak makan, tapi biarlah ketika ‘darurat’ sahaja
Boleh menyebabkan stroke, serangan jantung & kegagalan buah pinggang
Kalau boleh jagalag kesihatan daripada sekarang. Walaupun doktor cakap makan mi segera tidak menyebabkan otak jadi lembap, namun jangan dimakan setiap hari pula.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Spicy Ramen Challenge: Bukan Pedas Sangat Pun!
- SUMBER
- Remaja