Antara bangunan ikonik di kota metropolitan London, menara jam Big Ben adalah satu bangunan yang telah menjadi mercu tanda kota itu sejak sekian lama dan telah melalui pelbagai cerita sejarah daripada dahulu sehingga sekarang dan setiap kali dentingannya akan dinanti-nantikan.

BACA: Inilah Dia Pemain Bola Jaring Idaman Ramai

Namun begitu dalam masa empat tahun bermula tahun ini, menara jam tersebut akan senyap seketika tanpa sebarang bunyi dan pergerakan kerana proses pembaikian.

Pada jam 12.00 Isnin kelmarin, orang ramai di sekitar London mengambil peluang untuk mendengar dentingan terakhir menara jam tersebut.

Menurut New York Times, kos bagi baik pulih menara tersebut menelan belanja sebanyak $37 juta (RM158 juta) dan keputusan untuk membaik pulih menara tersebut kerana ada bahagiannya yang sudah rosak.

Sepanjang tempoh baik pulih itu, mekanisma jam Big Ben akan dibuka satu persatu untuk diperiksa dan dibaik pulih namun begitu terdapat satu alternatif untuk membunyikan Big Ben pada setiap kali sambutan tahun baru dan menjelang November bagi memperingati mereka yang mati ketika perang Britain.

Apa yang menarik tentang Big Ben adalah ketika perang dunia kedua, jam ini dibunyikan bagi menaikkan semangat para tentera Britain ketika itu yang bertungkus lumus melawan musuh.

Dalam masa yang sama ada penduduk London yang berasa sedih dengan ketiadaan bunyi jam tersebut dan pastinya para pelancong yang ke London juga akan merasakan kelainan tanpa dentingan jam sekuat 118 decibels itu.

VIDEO: Apa Yang Best Di Sungai Petani?