Menteri: Tanam Jagung Boleh Jimat RM3.2 Bilion
Jagung bijian merupakan makanan bagi ternakan di negara ini terutama ayam. Jumlah bekalan daging ayam dan telur ayam sebenarnya dipengaruhi oleh kualiti jagung yang diberikan kepada ayam sebagai makanan kepada haiwan ternakan itu.
BACA: Apam Telur Goyang RM1 Kini Laku Gila!
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, negara ini dapat berjimat jika jagung ditanam berbanding mengimportnya.
Menurutnya, Malaysia memerlukan bekalan daging ayam sebanyak 1.8 juta ekor dan 28 juta biji telur ayam sehari bergantung kepada jagung yang diberikan.
“Saya berpendapat sekiranya kita berhasrat mahu melakukan penanaman sendiri, ia memerlukan kawasan seluas 300,000 hingga 400,000 hektar tanaman jagung bagi menampung permintaan jagung di dalam negara,” katanya.
Selain itu, negara telah membelanjakan sebanyak RM3.2 bilion untuk mengimport jagung sebanyak tiga juta tan metrik (mt) setiap tahun untuk keperluan negara.
“Ini merupakan salah satu cara kita menjimatkan perbelanjaan negara dan saya memuji usaha yang telah dilakukan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) yang giat membuka kawasan-kawasan baharu bagi penanaman jagung bagi menghasilkan makanan ternakan ayam tempatan,” jelasnya.
“Tahap sara diri bagi pengeluaran daging ayam tempatan adalah sebanyak 100 peratus tetapi Malaysia mengimport sebanyak 100 peratus makanan untuk ternakan terutama jagung bijian,” ujarnya.
“Majoriti jagung kita import dari Argentina dan jumlah penanaman jagung yang sedia ada di dalam negara pada hari ini tidak melebihi 1,000 hektar dengan majoriti tanaman berada di Johor dengan keluasan tanaman lebih kurang 500 hektar,” sambungnya.
“Saya percaya kita boleh contohi negara Indonesia, Filipina dan Thailand di mana sara diri mereka untuk jagung hampir mencukupi. Harga bagi tanaman jagung juga meningkat lima peratus setiap tahun,” tambahnya.
Dengan kos hidup yang meningkat, menanam jagung juga boleh memberi anda pendapatan sampingan kerana ia mendapat permintaan tinggi di negara kita.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nak Menangis Makan Mee Cincai Pedas Arwah!
- SUMBER
- ASTRO AWANI