Menu Di Boat Noodle Ini Memang Mengundang Rasa Lapar!
Siapa yang pernah makan di Boat Noodle mesti tahu macam mana best hidangan yang ada di sini. Walaupun hidangan mereka nampak macam simple je tapi ramai yang berulang kali akan datang ke sini semula sebab sedap.
Baru-baru ini, kami sempat ke Boat Noodle yang terletak di Sunway Velocity Mall. Katanya sekarang Boat Noodle dah tambah beberapa menu baru.
Kami kongsikan beberapa menu yang sempat kami cuba. Tapi serius cakap, roti Sangkayaa di Boat Noodle ni memang terbaik sungguh. Sambil menulis ni pun dah terbayang kelembutan roti yang dihidangkan di sini.
Barisan Boat Noodle Yang Korang Wajib Cuba!
Yang ini namanya Sweet Kuey Chap. Pada harga RM2.20 setiap mangkuk, kalau dah sedap, memang tak kisah untuk tambah sampai bertingkat-tingkat. Sebab tu ada hashtag #makanstackrepeat untuk pelanggan kongsi di media sosial.
Jom baca sampai habis sebab kami kongsikan lagi pelbagai hidangan yang korang wajib cuba.
Dry Tom Yum
Pathumthani
Flame Grilled Ayam Legend
Buat peminat tegar ayam, korang bolehlah cuba Flame Grilled Ayam Legend. Dia punya sos cicah memang mantap, pedas-pedas manis gitu. Lagi cicah, lagi terasa nak makan.
Sangkayaa Memikat Hati!
Kami yakin, mesti ada di antara korang yang datang Boat Noodle, tak lain tak bukan, nak order Sangkayaa kat sini,kan? Bagi kami, Sangkayaa ni memang terbaik. Menu yang simple tapi cukup buat pelanggan terpikat.
Chill Chill Yang Melegakan
Sekali minum Cha Yen atau Cha Keow Yen, rasa lega betul. Memang refreshing habis. Tengah seronok minum, tak sedar air cepat sangat habis – jadi apa lagi, terus order satu lagilah.
Bagi korang yang kali pertama nak ke sini, boleh cuba di outlet yang terletak di Sunway Velocity Mall. Kami kongsikan alamatnya macam di bawah ni dan juga video pendek kami ke sana yang wajib korang tengok:
Boat Noodle – Sunway Velocity Mall
Level 4, Lot 01C,
Sunway Velocity City Mall
Jalan Cheras, Maluri
Kuala Lumpur