Boleh dikatakan apa saja makanan atau minuman unik di pasaran sekarang pasti akan menjadi fenomena. Maklumlah, sekarang ini rata-rata pengusaha makanan berlumba-lumba untuk memperkenalkan menu yang viral dan rare.

Jika sebelum ini 7-Eleven memperkenalkan aiskrim perisa Salteg Egg, kali ini kedai serbaneka terkemuka itu memperkenalkan aiskrim perisa baharu yang memang lain dari yang lain iaitu ‘Aiskleem Roaring Limau’.

BACA: Lay’s Salted Egg Kini Dijual Di 7-Eleven Malaysia

Kebiasaannya aiskrim didatangkan dengan rasa manis dan berkrim, tetapi berbeza dengan aiskrim ini yang menggabungkan rasa limau dan cili.

Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana rasa ‘Aiskleem Roaring Limau’ ini. 7-Eleven menerusi Instagram ada memberitahu aiskrim keluaran mereka itu dikatakan ‘menyegarkan dan pedas’.

Harga yang ditawarkan hanya RM2.50 dan aiskrim ini hanya boleh didapati cawangan 7-Eleven Malaysia yang terpilih sahaja. Anda boleh semak di sini.

Tunggu apa lagi, boleh la ajak kawan-kawan anda yang ‘hantu’ salted egg untuk nikmati aiskrim ‘Aiskleem Roaring Limau’ di cawangan terpilih.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉