Peniaga minuman paling berbahaya ialah penjual air tebu kerana mesin tebu boleh membuatkan mereka kehilangan tangan mereka. Seorang peniaga tebu terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara tangannya disedut mesin tebu ketika menggunakan mesin tersebut, dua hari lalu.

BACA: Lemang Pusing Cetus Kelainan

Abdul Majid Beran, 70 tahun, berasal dari Grik, Perak dimasukkan ke Hospital Taiping kerana keadaan tangannya cedera parah dan memerlukan pembedahan segera.

Menurut anaknya, Nuratina Abdul Majid, 42 tahun, kejadian berlaku pada pukul empat petang ketika dia sedang bersiap untuk berniaga di pasar malam Bandariang.

Sumber dari hmetro.com.my

“Biasanya dia memang buat kerja dengan cermat, tidak pernah buat laju-laju pun. Tadi jarinya tersepit masa masukkan tebu yang pertama,” katanya.

“Masa masuk tiada apa berlaku tapi masa kepakkan tebu itu, satu jari termasuk dalam mesin, terus mesin sedut sampai pergelangan tangan,” jelasnya.

Agak mengerikan apabila kita melihat sendiri tangan disedut oleh mesin tebu yang tajam itu. Pasti Abdul Majid berasa trauma selepas kejadian ini berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN:
Sakit Jantung Tak Halang Jadi Sado
Tangan Besar, Dipanggil Syaitan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Gila, Tak Sampai RM50 Pun Boleh Makan Kat Me’nate!!!!