Benarlah kata orang, ilmu harus dituntut sehingga tua kerana dapat menjadikan kita sebagai orang berguna dan berbakti kepada negara.

Tetapi, apa yang menakjubkan seorang lelaki di India ini mempunyai lebih 140 ijazah hinggakan dia lupa jalan untuk pulang. Kenapa ya?

BACA: Rumah Dekat Surau, Lelaki India Boleh Azan & Hafal Surah

Profesor VN Parthiban, 56 tahun, mengajar di Chennai, India tak pernah terfikir untuk berhenti belajar walaupun dia sudah memiliki beratus ijazah.

Segalanya bermula semasa dia mengambil ijazah pertamanya dan ketika itu kehidupan dia tidak teratur sampai pernah jawab peperiksaan yang salah.

Ini menyebabkan ibunya berasa sedih dan dia berjanji dengan dirinya akan menuntut ilmu hingga hembusan nafas yang terakhir.

Selepas habis belajar, Parthiban bekerja di Jabatan Kehakiman tetapi semangat belajar yang membuak-buak membuatkan dia mahu belajar bidang yang bersesuaian dengannya.

Sumber dari media.indiatimes.in

Antara pencapaian lelaki yang tak pernah kenal erti putus asa ini ialah 3 gelaran Sarjana Sains, 8 Sarjana Undang-Undang, 9 Sarjana Pentadbiran Perniagaan, 8 Ijazah Sarjana Pengajian e-Dagang, 10 Ijazah Sarjana Seni dan 12 ijazah lagi dalam pelbagai peringkat penyelidikan.

Namun, dia juga seorang manusia biasa apabila dia memberitahu subjek yang kurang digemarinya ialah Matematik.

Sumber dari amazingindia.blog

Dia juga berkongsi minat belajar dan mengumpul ijazah ini bersama isterinya yang memiliki 9 ijazah dan dua orang anaknya.

Disebabkan dia terlalu banyak belajar, Parthiban sukar untuk mengecam wajah dan selalu lupa jalan untuk pulang yang sentiasa dilaluinya.

Banyak kebaikan yang diperolehi Parthiban dengan minatnya, kami tertanya-tanya apakah tips supaya tidak mengantuk semasa belajar?

ARTIKEL BERKAITAN:
Kisah Di Sebalik Teh Tarik Kesukaan Almarhum Sultan Kedah
Tangan Besar, Dipanggil Syaitan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berlagak Konon Boleh Habiskan