Monyet Curi-Curi Minum Petrol
Monyet selalunya suka makan pisang. Kadangkala mereka suka mencuri makanan pelancong jika pelancong-pelancong membawa makanan selain pisang.
Malah, siap ada yang mengalami masalah obesiti sebab banyak makan makanan yang diberikan pelancong. Tetapi, lain pula jadinya terhadap seekor monyet di India ini.
BACA: Ini Punca Babi Berkeliaran Di Highway Plus
Seekor monyet ditangkap di kawasan Panipat, utara India apabila dia sedang enak meneguk petrol motosikal yang ada di situ.
Berikutan itu, ia memeranjatkan sekumpulan pemilik motosikal selepas menyedari pencuri yang mencuri petrol motosikal mereka adalah seekor monyet.
“Haiwan licik tersebut akan menunggu sehingga tiada sesiapa berada dekat dengannya sebelum meminum petrol melalui saluran paip bahan api,” lapor United Press International (UPI).
Malah, haiwan itu berada dalam keadaan khayal selepas selesai meminum petrol di kawasan motosikal tersebut serta menolak apabila orang memberi pisang dan kacang kepadanya.
Amboi, monyet pun pandai memilih sekarang, nak yang mahal je. Dia taktau betapa mahalnya harga minyak sekarang.
Kredit Photo: YDHPhoto.com
ARTIKEL BERKAITAN:
Di China, Arnab Pun Makan Pedas
500 Kucing Nyaris Jadi Santapan Manusia
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sedut Telur Di Kelantan
- SUMBER
- SINAR HARIAN