Pasti ada diantara anda yang suka minum teh tarik atau kopi susu. Bahan utama untuk membuatnya adalah susu pekat. Daripada anda beli susu pekat di kedai lebih baik jika anda buat sendiri dirumah. Sekurang-kurangnya kita tahu bahan yang digunakan adalah susu sebenar.

Resepi susu pekat yang dikongsikan oleh Aleen Aireish ini mudah saja untuk dibuat. Paling penting hanya menggunakan empat bahan sahaja.

BACA: Minum Dalam Tin Susu, Netizen Tak Hirau Kesihatan?

Bahan-bahan:

1/3 cawan atau 60 ml air suam
1 cawan atau 100 gram susu tepung
2/3 cawan atau 125 gram susu tepung
1/4 cawan marjerin

Cara membuatnya

1. Masukkan air suam terlebih dahulu di dalam balnder, kemudian masukkan bahan-bahan lain.

2. Kisar halus sehingga adunan menjadi berkrim. Sesekali kacau dengan sudu. Jika rasa kepekatan kurang, boleh tambah sedikit susu tepung.

3. Susu pekat dah siap, sedia untuk digunakan. Anda boleh simpan susu tersebut di dalam bekas kedap udara kemudian simpan di dalam peti sejuk.

Mudah rupanya nak buat susu pekat. Lepas ini kalau susu pekat tiada dirumah, tiada masalah lagi. Kebersihan juga lebih terjamin.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥